HSQ LAUNDRY
Rakan Dobi anda
Monday, 19 March 2012
Saturday, 17 March 2012
Mesin basuh
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejarah
Cucian pakaian secara asasnya memerlukan seseorang untuk menyental serta menggosok pakaian untuk memecahkan kotoran pepejal serta membantu larutan sabun menembusinya. Asalnya ia dilakukan dengan menyental atau menghempas pakaian di atas batu di dalam sungai, sehinggalah terciptanya papan sental beralur. Semasa zaman Rom, manusia memutihkan pakaian dengan menyentalnya di atas batu sambil membiarkan sabun dilumurkan padanya. Pada masa itu, sabun diperbuat daripada lemak haiwan.Teknologi mesih basuh dibangunkan sebagai satu cara untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia akibat proses menyental yang leceh dengan menyediakan satu tab terbuka atau bekas bertutup dengan jejari untuk mencuci pakaian tersebut secara automatik. Mesin basuh terawal kebanyakannya masih lagi menggunakan kudrat manusia. Memandangkan bekalan elektrik masih belum didapati secara meluas sehinggalah paling awal pun tahun 1930-an, beberapa model mesin basuh ini mengunakan enjin petrol silinder tunggal berkelajuan rendah.
Tirreler Bauerntradition menunjukkan mesin basuh Miele terawal di Roscheider Hof, Open Air Museum |
Proses membuang air sabun daripada pakaian selepas mencuci asalnya merupakan satu proses berasingan. Pakaian yang basah asalnya diperah dengan tangan untuk membuang air. Untuk mengurangkan tenaga kerja ini, mesin penggelek dicipta dengan menggunakan dua penggelek yang dikenakan tegangan spring untuk membuang air daripada pakaian. Namun demikian, hanya sehelai pakaian sahaja yang boleh diperah pada satu-satu masa. Penggelek terawal menggunakan tangan sebelum menggunakan motor elektrik.
Kaedah moden bagi membuang air melalui putaran hanya mula digunakan setelah motor elektrik dicipta. Proses putaran kering memerlukan motor elektrik berkuasa tinggi serta berkelajuan tinggi. Asalnya proses ini dilakukan secara berasingan pada tab putaran kering. Setelah habis mencuci, pengguna perlu memindahkan sendiri pakaian dari tab cucian ke tab putaran kering sebelum pakaian diputar untuk membuang air.[1] Mesin basuh sebegini dikenali sebagai mesin basuh separa automatik dan ia masih lagi dikeluarkan sehingga sekarang berikutan harganya yang lebih murah daripada mesin basuh automatik.
Tab putaran kering terawal selalunya agak berbahaya untuk digunakan memandangkan beban pakaian yang tidak seimbang akan menyebabkan mesin bergegar dengan kuat. Banyak usaha telah dilakukan bagi mengurangkan gegaran akibat beban yang tidak seimbang, seperti memasang sistem penyerap hentakan serta suis hentakan yang mematikan mesin secara automatik apabila ia bergegar dengan kuat untuk membolehkan pengguna menyusun semula pakaian di dalam tab putaran kering. Kebanyakan mesin moden dilengkapi satu gelang cecair yang ditutup bagi menangani sebagang ketidakseimbangan.
Mesin basuh automatik pula menggabungkan ciri-ciri tab cucian serta tab putaran kering dalam satu mesin, termasuklah keupayaan untuk mengisi dan membuang air secara automatik. Ciri-ciri pengering pakaian boleh juga ditambah pada mesin basuh sebegini, tetapi ia jarang dilakukan memandangkan proses mengering menggunakan lebih banyak tenaga elektrik daripada menggunakan dua tab cucian dan putaran kering serentak; mesin basuh/pengering gabungan bukan sahaja perlu mengeringkan pakaian, tetapi perlu juga mengeringkan tab cucian itu sendiri.
Sabun
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kebanyakan campuran sabun mengandungi sebatian garam natrium atau kalium yang boleh dihasilkan daripada asid lemak dengan bertindak balas dengan larutan beralkali (seperti natrium hidrosida atau kalium hidrosida) pada 80°–100 °C dalam proses yang dikenali sebagai saponifikasi. Lemak-lemak itu dihidrolisiskan oleh bahan bes, menghasilkan gliserol dan sabun kasar (garam asid lemak beralkali).
Sabun dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate, bahan biasa dalam kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang dihasilkan dari minyak sayuran, seperti minyak zaiton, biasanya diistilahkan sebagai sabun castile.
Sekarang, sabun biasanya digantikan oleh agen pembersihan lain, sebagai contoh detergen sintetik.
Subscribe to:
Posts (Atom)